Sunday, 23 August 2015

CEREK ELEKTRIK

GAMBARAJAH CEREK ELEKTRIK  ( JUG KETTLE )




BANDING BEZA MESIN PENGISAR DENGAN LESUNG BATU

CEREK DAPUR GAS

CIRI
 CEREK ELEKTRIK

LAMBAT DAN PERLUKAN PERHATIAN
MASA
CEPAT DAN AUTOMATIK ( TIDAK PERLU PERHATIAN )
SAMA SAIZ TETAPI MUDAH BERJELAGA
SAIZ
MENGIKUT KAPASITI AIR
TENAGA GAS
TENAGA
TENAGA ELEKTRIK
MURAH
HARGA
MAHAL
MEMASAK AIR
FUNGSI
MEMASAK AIR TANPA PERLU MENGAWASINYA

KEGUNAAN

1.      Mendidih / merebus air untuk kegunaan membuat minuman seperti teh, kopi, dan koko panas
2.      Merebus air untuk mencelur sayuran dan mee
3.      Merebus air untuk menyedikan mee segera
4.      Merebus air untuk menyedikan telur separuh masak
5.      Merebus air untuk menyediakan susu formula dan makanan bayi


CARA MENGGUNA DAN MENJAGA

1.      Pastikan kabel elektrik ditanggalkan semasa mengisi air. Isi mengikut kapasiti yang telah ditetapkan sahaja. Air mesti melebihi takat minimum dan kurang dari takat maksimum.
2.      Tutup penutup dan letakkan dengan betul pada kaki.  Tekan suis setelah cerek betul-betul rapat. ( lampu menyala menunjukkan cerek rapat dengan kaki )
3.      Jangan letakkan cerek pada dapur penunu gas
4.      Tutup dan cabut plag apabila tidak digunakan
5.      Lap badan cerek dengan kain atau span lembap yang lembut jika kotor. ( elakkan merendam ke dalam air )
6.      Jika ada endapan mineral selepas penggunaan yang lama boleh menggunakan 30 ml cuka, rebus dan biarkan selama 30 minit.  Ulangi langkah jika masih terdapat endapan.  (Sesetengah endapan tidak boleh ditanggalkan dengan cuka, guna pencuci endapan yang dijual dipasaran )

CARA MEMILIH


  1. Pilih kapasiti yang sesuai untuk kegunaan harian ( 2L – 4L sesuai untuk kegunaan isi rumah )
  2. Pilih watt yang sesuai supaya air cepat masak tetapi tidak mengguna elektrik yang banyak ( 1000 – 1500 watt paling sesuai )
  3. Pilih cerek yang mempunyai cirri-ciri tambahan seperti boleh mengekalkan kepanasan air, mudah untuk pengisian semula dan fungsi pemadam automatic.
  4. Pilih cerek yang mempunyai muncung yang panjang supaya dapat mengelak air tumpah dan cedera.
  5. Pilih cerek yang mempunyai meter kapasiti air.
  6. Pilih cerek dari jenis teguh, cantik dan mudah dibersihkan.

No comments:

Post a Comment