GAMBARAJAH MESIN PENGISAR ( BLENDER )
BANDING
BEZA MESIN PENGISAR DENGAN LESUNG BATU
LESUNG BATU
|
CIRI
|
MESIN PENGISAR
|
LAMBAT
HALUS
|
MASA
|
CEPAT
HALUS
|
KECIL
TETAPI BERAT
|
SAIZ
|
AGAK
BESAR TETAPI RINGAN
|
TENAGA
MEKANIKAL
|
TENAGA
|
TENAGA
ELEKTRIKAL
|
MURAH
|
HARGA
|
MAHAL
|
MENGHANCUR/MENGISAR
SAHAJA
|
FUNGSI
|
MENGHANCUR,
MENGISAR, MENGADUN, MENGEMULSI
|
KEGUNAAN
1.
Menghancur dan
mengadun ais semasa membuat minuman
2.
Mengemulsi adunan
contohnya semasa membuat sos atau mayonis
3.
Membuat puri
daripada bahan separa pejal seperti sayuran atau daging yang telah dimasak
4.
Menghancurkan
bahan pejal seperti rempah, cili, kekacang
5.
Mengadun serbuk,
cecair dan granul(bijian) dengan sekata
6.
Membantu
melarutkan bahan pejal ke dalam cecair
CARA MENGGUNA DAN MENJAGA
1.
Pastikan penutup
ditekan kemas sebelum memulakan motor.
Letakkan tangan di atas penutup semasa mesin sedang beroperasi.
2.
Tekan suis motor
on dan off berselang – seli. Elakkan
membiarkan motor berputar dalam masa yang lama dan berterusan.
3.
Jika motor
menjadi perlahan, tambahkan sedikit air dan teruskan mengadun.
4.
Elakkan
memasukkan minuman berkarbonat semasa mengadun minuman. JIka resepi mengguna minuman berkarbonat,
tuang kedalam gelas setelah minuman siap diadun.
5.
Pastikan suis
dimatikan dan pisau pengisar berhenti sepenuhnya sebelum membuka penutup.
6.
Apabila mengisar
bahan makanan yang panas pastikan lubang udara dibuka untuk membebaskan wap
panas.
7.
Pastikan menambah
1 cawan air jika mengisar ais dan ais kiub itu telah diketuk sedikit sebelum
dikisar.
8.
Jika mengisar
bahan kering yang agak keras pastikan dipotong kecil atau dipecahkan sedikit
sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
9.
Basuh balang dan
penutup dan biarkan kering sebelum disimpan.
( buka bilah pengisar dan bersihkan jika perlu ) Elakkan membasuh
bahagian motor
10. Guna span pencuci yang
lembut untuk mengelak balang daripada bercalar.
11. Pastikan tangan dan bahagian bawah balang kering
semasa mengguna mesin pengisar.
CARA MEMILIH
1.
Pilih balang
pengisar daripada plastik kerana mudah dijaga dan tidak mudah pecah.
2.
Jika pengisar
banyak digunakan untuk mengisar makanan atau minuman beku, balang daripada
stainless steel sangat sesuai.
3.
Pilih kapasiti
balang yang bersesuai dengan kegunaan harian anda
4.
Pilih pengisar
yang mempunyai muncung seperti jag untuk memudahkan menuang bahan.
5.
Bandingkan harga
dan kegunaan supaya dapat nilai yang berbaloi ( elakkan memilih keranan jenama
)
No comments:
Post a Comment