Sunday 23 August 2015

PEMERAH JUS

GAMBARAJAH PEMERAH JUS ( JUICER )

BANDING BEZA MESIN PENGISAR  DENGAN PEMERAH JUS

 MESIN PENGISAR

CIRI
 PEMERAH JUS

LAMBAT KERANA BUAH/SAYUR PERLU DIPOTONG
MASA
SANGAT CEPAT KERANA BUAH TIDAK PERLU DIPOTONG
PELBAGAI SAIZ DAN LEBIH RINGAN
SAIZ
PELBAGAI SAIZ DAN BERAT
TENAGA ELEKTRIKAL
TENAGA
TENAGA ELEKTRIKAL
LEBIH MURAH
HARGA
MAHAL
MENGISAR JUS DAN HAMPASNYA PERLU DITAPIS
FUNGSI
MEMERAH JUS DENGAN PATI YANG LEBIH PEKAT



KEGUNAAN
  1. Memerah jus buah-buahan dan sayur-sayuran
  2. Memerah jus herba berdaun dan berbatang
  3. Membuat makanan bayi
  4. Mengisar dan mengestrak air kacang soya


CARA MENGGUNA DAN MENJAGA

1.      Letak pemerah jus di atas kertas penyerap atau surat khabar untuk mengelak perrcikan semasa memerah
2.      Potong tangkai bagi buah  yang mempunyai tangkai yang besar dan buang kulit terutama buah-buahan sitrus.
3.      Masukkan buah / sayur melalui corong buah. Tekan suis dan tekan buah / sayur ke bawah perlahan-lahan. Tadah jus melalui corong jus dengan bekas yang sesuai.
4.      Ulangi langkah dengan memasukkan hampas buah/sayur dan perah sekali lagi.  Langkah ini boleh diulangi untuk memastikan semua jus telah diekstrak
5.      Tanggalkan semua bahan pemerah jus dan bersihkan serta merta.
6.      Penapis pemerah jus perlu dikeluarkan dan digosok dengan berus khas untuk memastikan semua hampas tiada
7.      Keringkan semua bahagian pemerah jus dan pasangkan semula untuk mengelakkan pecah atau hilang.
8.      Jika memerah banyak jenis buah, tuangkan air dahulu sebelum mula memerah buah yang lain.
9.       Larutkan 1 camt. Soda bicarbonate jika kesan buah tidak boleh ditanggalkan pada bahagian penapis.


CARA MEMILIH

1.      Pilih pemerah jus yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat mengestrak sebanyak mungkin jus dengan meninggalkan hamps yang kering
2.      Sebaik-baiknya buat bandingan harga dan minta jurujual menunjukkan demonstrasi mengguna pemerah jus bagi memastikan fungsinya sesuai dengan kegunaan kita
3.      Pilih pemerah jus yang mempunyai corong masuk yang besar dan tidak perlu memotong buah kepada saiz yang lebih kecil.
4.      Pilih pemerah jus yang mempunyai bahagian-bahagian yang mudah ditanggalkan dan dipasangkan semula


No comments:

Post a Comment