Sunday 23 August 2015

MESIN PENGISAR SERBAGUNA

GAMBARAJAH MESIN PEMPROSES MAKANAN( FOOD PROCESSOR )

BANDING BEZA MESIN PENGISAR DENGAN MESIN PEMPROSES MAKANAN

 MESIN PENGISAR

CIRI
MESIN PEMPROSES MAKANAN

CEPAT TETAPI PERLU DIGANTI BALANG BASAH DAN KERING
MASA
SANGAT CEPAT KERANA BASAH / KERING MENNGGUNAKAN BEKAS SAMA
AGAK BESAR TETAPI RINGAN
SAIZ
SAMA MESIN PENGISAR TETAPI MEMPUNYAI BANYAK BAHAGIAN
TENAGA ELEKTRIKAL
TENAGA
TENAGA ELEKTRIKAL
LEBIH MURAH
HARGA
MAHAL
TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMARUT
FUNGSI
FUNGI TAMBAHAN MEMARUT

KEGUNAAN

1.      Menghancur dan mengadun ais semasa membuat minuman
2.      Mengemulsi adunan contohnya semasa membuat sos atau mayonis
3.      Membuat puri daripada bahan separa pejal seperti sayuran atau daging yang telah dimasak
4.      Menghancurkan bahan pejal seperti rempah, cili, kekacang
5.      Mengadun serbuk, cecair dan granul(bijian) dengan sekata
6.      Membantu melarutkan bahan pejal ke dalam cecair
7.      Memarut pelbagai jenis sayuran, buah dan keju mengikut bentuk mata  pemarut

CARA MENGGUNA DAN MENJAGA

1.      Pastikan penutup ditekan kemas sebelum memulakan motor.  Tidak perlu diletakan tangan semasa mesin beroperasi
2.      Tekan butang “pulse” mesin beroperasi tanpa berputar dalam masa yang lama
3.      Jika motor menjadi perlahan, tambahkan sedikit air dan teruskan mengadun.
4.      Elakkan memasukkan minuman berkarbonat semasa mengadun minuman.  JIka resepi mengguna minuman berkarbonat, tuang kedalam gelas setelah minuman siap diadun.
5.      Pastikan suis dimatikan dan pisau pengisar berhenti sepenuhnya sebelum membuka penutup.
6.      Pastikan menambah 1 cawan air jika mengisar ais dan ais kiub itu telah diketuk sedikit sebelum dikisar.
7.      Jika mengisar bahan kering yang agak keras pastikan dipotong kecil atau dipecahkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
8.      Basuh balang dan penutup dan biarkan kering sebelum disimpan.  ( buka bilah pengisar dan bersihkan jika perlu ) Elakkan membasuh bahagian motor
9.      Guna span pencuci yang  lembut untuk mengelak balang daripada bercalar.

CARA MEMILIH

1.      Pilih balang pengisar daripada fiber kerana mudah dijaga dan tidak mudah pecah.
2.      Pilih kapasiti balang yang bersesuai dengan kegunaan harian anda
3.      Pilih pengisar yang mempunyai muncung seperti jag untuk memudahkan menuang bahan.
4.      Bandingkan harga dan kegunaan supaya dapat nilai yang berbaloi ( elakkan memilih keranan jenama )


No comments:

Post a Comment