Sunday 23 August 2015

PENGISAR

GAMBARAJAH MESIN PENGISAR  ( BLENDER )


BANDING BEZA MESIN PENGISAR DENGAN LESUNG BATU

LESUNG BATU


CIRI
MESIN PENGISAR

LAMBAT HALUS
MASA
CEPAT HALUS
KECIL TETAPI BERAT
SAIZ
AGAK BESAR TETAPI RINGAN
TENAGA MEKANIKAL
TENAGA
TENAGA ELEKTRIKAL
MURAH
HARGA
MAHAL
MENGHANCUR/MENGISAR SAHAJA
FUNGSI
MENGHANCUR, MENGISAR, MENGADUN, MENGEMULSI

KEGUNAAN

1.      Menghancur dan mengadun ais semasa membuat minuman
2.      Mengemulsi adunan contohnya semasa membuat sos atau mayonis
3.      Membuat puri daripada bahan separa pejal seperti sayuran atau daging yang telah dimasak
4.      Menghancurkan bahan pejal seperti rempah, cili, kekacang
5.      Mengadun serbuk, cecair dan granul(bijian) dengan sekata
6.      Membantu melarutkan bahan pejal ke dalam cecair

CARA MENGGUNA DAN MENJAGA

1.      Pastikan penutup ditekan kemas sebelum memulakan motor.  Letakkan tangan di atas penutup semasa mesin sedang beroperasi.
2.      Tekan suis motor on dan off berselang – seli.  Elakkan membiarkan motor berputar dalam masa yang lama dan berterusan.
3.      Jika motor menjadi perlahan, tambahkan sedikit air dan teruskan mengadun.
4.      Elakkan memasukkan minuman berkarbonat semasa mengadun minuman.  JIka resepi mengguna minuman berkarbonat, tuang kedalam gelas setelah minuman siap diadun.
5.      Pastikan suis dimatikan dan pisau pengisar berhenti sepenuhnya sebelum membuka penutup.
6.      Apabila mengisar bahan makanan yang panas pastikan lubang udara dibuka untuk membebaskan wap panas.
7.      Pastikan menambah 1 cawan air jika mengisar ais dan ais kiub itu telah diketuk sedikit sebelum dikisar.
8.      Jika mengisar bahan kering yang agak keras pastikan dipotong kecil atau dipecahkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
9.      Basuh balang dan penutup dan biarkan kering sebelum disimpan.  ( buka bilah pengisar dan bersihkan jika perlu ) Elakkan membasuh bahagian motor
10.  Guna span pencuci yang  lembut untuk mengelak balang daripada bercalar.
11.  Pastikan tangan dan bahagian bawah balang kering semasa mengguna mesin pengisar.

CARA MEMILIH

1.      Pilih balang pengisar daripada plastik kerana mudah dijaga dan tidak mudah pecah.
2.      Jika pengisar banyak digunakan untuk mengisar makanan atau minuman beku, balang daripada stainless steel sangat sesuai.
3.      Pilih kapasiti balang yang bersesuai dengan kegunaan harian anda
4.      Pilih pengisar yang mempunyai muncung seperti jag untuk memudahkan menuang bahan.
5.      Bandingkan harga dan kegunaan supaya dapat nilai yang berbaloi ( elakkan memilih keranan jenama )


No comments:

Post a Comment