Wednesday 22 April 2015

"FLIPPED CLASSROOM"  KE ARAH KELAS ABAD 21....bersediakah kita???

Konsep “Flipped Classroom”
“Flipped Classroom” adalah kaedah PdP yang diterbalikkan daripada kaedah PdP biasa yang melibatkan guru memberi penerangan dan maklumat di dalam kelas. Melalui “flipped classroom” semua maklumat disampaikan di luar kelas secara atas talian(on-line), guru memberi  tugasan untuk dilaksanakan oleh murid dan murid membawa kerja rumahnya untuk dibincangkan di kelas.


Mengapa Perlu “ Flipped Classroom”
            Sikap dan pencapaian murid terhadap pelajaran dilihat semakin merosot dari semasa ke semasa. Salah satu faktornya adalah kebanyakan murid dilekakan oleh gajet berteknologi dalam kehidupan harian mereka.  Ketersediaan video “on-line” dan peningkatan jumlah murid yang dapat mengakses teknologi tidak patut disia-siakan dan keadaan ini dapat menurap laluan baru bagi kaedah PdP sejajar dengan konsep kelas abad ke -21.
            Melalui kaedah ini guru mempunyai lebih masa untuk memberi perhatian kepada murid yang memerlukan peneguhan konsep dan mengulang pada topik-topik yang sukar difahami sahaja.  Masalah kekecewaan murid kerana tidak dapat memahami sesuatu topik dapat dikurangkan kerana murid boleh mengulang tayang video atau maklumat sehingga betul-betul faham.  Secara tidak lansung, murid akan lebih bermotivasi dan masalah tidak menyiap kerja sekolah kerana tidak faham dapat dielakkan.  Ini kerana kerja rumah akan dibincangkan di dalam kelas dan murid dapat melengkapkannya atau menyelesaikan masalah yang berkaitan bersama-sama dengan bimbingan daripada guru matapelajaran.
            Hasil penyelidikan mengatakan bahawa murid  lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti hands-on, daripada menghadiri kuliah. Apabila kuliah kelas digantikan dengan rakaman video dan bahan-bahan lain atas talian, pelajar mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam kebolehan menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kadar dan kaedah di mana pembelajaran berlaku.1       
1.     Cara A. Marlowe. 2012. The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress. Montana: Montana State University

Teori Rangka Kerja
            Murid belajar di rumah melalui capaian maklumat atas talian yang boleh diakses melalui internet dengan menggunakan gajet seperti komputer, komputer riba dan telefon pintar.  Murid boleh belajar berdasarkan kemampuan diri, dengan rakan sebaya dan guru melalui perbincangan atas talian.  Bagi murid yang tidak mempunyai talian atau gajet yang sesuai, mereka boleh mendapatkan maklumat itu di Pusat Sumber Sekolah atau Pusat Siber  Komuniti.
            Teknologi pendidikan dan pembelajaran melalui aktiviti merupakan dua komponen yang menjadi kunci kepada model “flipped classroom” yang akhirnya membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih  positif

Langkah-langkah Pembelajaran “Flipped Classroom”

1. Sebelum berjumpa murid di kelas, murid diminta untuk belajar sendiri dengan menonton video yang dihasilkan oleh guru atau yang telah dimuatnaik oleh sumber lain ke dalam talian.  Guru akan menghantar mesej melalui telefon murid mengenai konsep/perkara yang perlukan penekanan dalam tajuk

2. Semasa pembelajaran di kelas, peserta / murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan ntuk membincangkan tajuk itu dan menyelesaikan tugasan yang telah diberi. Perbincangan dalam bentuk kumpulan tetapi tugasan secara individu.

3. Peranan guru ketika pembelajaran berlangsung adalah memudahkan berlangsungnya perbincangan dengan kaedah pembelajaran kooperatif. Di samping itu, guru juga akan menanyakan  beberapa soalan dan penilaian akan digredkan (jika perlu) semasa aktiviti PdP berlansung.

4. Guru memberikan kuiz / ujian sehingga murid sedar bahawa aktiviti yang mereka lakukan bukan hanya permainan, tetapi merupakan proses belajar, serta guru berperanan  sebagai fasilitator dalam membantu murid dalam pembelajaran dan menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan isi pelajaran itu sendiri.


Friday 3 April 2015

PROSPEKTUS ERT

PROSPEKTUS ERT

Nak tahu lagi....baca link ni ya:
http://www.hect.org/faq.php
ERT oh ERT

"Belajar kat tingkatan 4ERT ke?" Nak jadi tukang masak/jahit?
"Saya minat nak jadi chef sebab tu ambil ERT"

Ok...mari kita lihat bagaimana ERT boleh bantu pelajar untuk menyambung pelajaran di IPTA

Apa maksudnya:
1. Pakej yang paling baik bagi pelajar aliran sains kerana peluang pelajar untuk skor A+ bagi subjek ERT lebih mudah berbanding subjek lain dalam kotak di atas.
2. Pelajar mempunyai lebih banyak pilihan kursus semasa memilih IPTA
3. Sijil SPM + Sijil Kemahiran ERT = BONUS
4. GPA sekolah secara tidak lansung akan naik mencanak jika pelajar aliran sains yang mengambil subjek ERT

Apa perlu buat:
1. Ambil subjek ERT sebagai matapelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM
2. Berjumpa dengan Panitia ERT untuk berbincang mendaftar sebagai calon luar jadual waktu
3. Mula dari tingkatan 4 jika target anda adalah A+

Rujuk link di bawah jika ingin keterangan lanjut mengenai pengiraan merit:
http://www.bumigemilang.com/cara-pengiraan-merit-untuk-kemasukan-ke-ipta-selepas-spm/